Tuesday, February 17, 2009

Sepanjang hayat 14

Ungkapan orang dahulu mengatakan bahawa: Kalau nak makan datanglah ke Kelantan. Kalau nak tidur datanglah ke Pahang. Kalau nak mati pergilah ke Melaka.

Justeru, kalau nak tidur datanglah ke Pahang, tidurlah dimana mana, di Masjid, di Surau tak siapa nak ganggu. Selamat punya. Daripada ungkapan ini menjadi satu rialiti bahawa terlalu banyak orang luar, orang dari negeri lain yg berhijrah ke Pahang. Jangan kiralah yg di Felda tu. Orang orang dari Kelantan terlalu ramai di Pahang. Mereka datang atas dasar selamat, tiada siapa nak ganggu. Jadi mereka datang boleh teroka tanah, teroka tanah haram di merata rata tempat. Orang Pahang tak ganggu, tak marah. Kerajaan Negeri Pahang sokong, galakkan lagi ada. Sehinggakan orang tempatan, anak Pahang sendiri susah dapat tanah. Kalau temuduga, macam macam pertanyaan diajukan, tak betul jawab, sampailah surat " Permhonan tuan ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri" tanpa alasan.

Orang Pahang tidak terpengaruh dengan orang luar termasuk Kelantan. Orang Kelantan datang ke Pahang, mula mula mereka cari kenalan dulu untuk masuk jarum atau bagi umpan. Apabila sudah mengena, mereka panggil lagi puak mereka hingga ramailah jadinya. Bila sudah ramai mereka buka komuniti sendiri, dengan adat resamnya, loghat bahasanya, cara pakaiannya, semotarnya dll termasuk partinya bulan di awan hijau. Di Merapoh, kampung orang Kelantan di Teluk Gunong dan kg Berhamah. Orang Merapoh tidak ikut slang Kelantan. Di Raub, kampung Jelu dekat Hulu Dong. Di Jerantut, kg.Sempadan, Batu Balai dll. Disitu kalau kita pergi, kita seolah olah berada di negeri Kelantan.

Tak apalah, Negeri Pahang masih luas. Daripada kita gadai dan jual tanah pada orang china dari Singapura, baiklah orang kita juga. Sedangkan orang Indon, Banggala, Siam pun yang datang kita diam aje, tak marahpun, sekadar merungut...

SELINGAN:

Ada tamu blog saya yang bertanya tentang, Empang Jaleh, Kg.Suak, Hulu Teris dan kg. Tempoyang. Kampung Suak sebenarnya tinggal nama sahaja. Sebelum PLB (Pembanguna Luar Bandar atau Peluang Luar Biasa) menjadi pesat, Kg. Hulu Teris itu adalah sebuah kampung yang paling jauh dan amat sukar didatangi. Perhubungan mereka ke Bandar Lipis, kini lebih kurang 10 ke 15 KM sahaja, terpaksa menapak ke Sg.Telang untuk berperahu hilir sungai, atau menapak terus ke stesen k,api Padang Tengku sejauh lebih kurang 10 ke 15 km pula. Jadi tidak hairanlah kg.Suak itu dibuka untuk pelarian zaman Jepun. Pada satu ketika Empang Jaleh pecah, airnya melimpah menenggelamkan teratak teratak orang berhampiran kg Hulu Teris dan kg.Suak. Lalu kg Suak ditinggalkan. Tanah tanah yang masih bertitlekan AP (Approved Application) tidak disambung oleh waris warisnya kalaupun masih ada.

Kampung Tempoyang adalah sebuah kampung yg paling hampir dengan bandar. Dekatnya samalah seperti kampung Ketari di Bentong, kampung Bkt.Sekilau dan Darat Makbar di Kuantan, kampung Mat Kilau di Jerantut, kampung Sempalit di Raub atau Kg.Baru di Kuala Lumpur. Masa atau tarikh kewujudannya lebih kurang sama. Semua kampung kampung ini sudah pesat maju membangun dan penduduknya bertambah ramai, tidak seperti Kg.Tempoyang, seperti melukut ditepi gantang. Rumah orang kampung asal masih seperti asalnya. Purata tak sampai 30 buah. Mujurlah ada Taman Permai ( rumah saya) Taman Sri Tempoyang - rumah kos rendah sebagai ganti Flat yg terpaksa dirobohkan, Maktab Guru, Sek.Men. dan Rendah Sri Tempoyang yang baru didirikan setahun dua ini. Kalau tidak Tempoyang adalah kampung tradisional yg dipinggirkan. Jadi asal usul Tempoyang saya tidak fasih, tak minat orang mengkajinya. Walau bagaimanapun, janganlah dihairankan, kerana Lipis adalah sebuah daerah di Negeri Pahang ini yg terakhir mendapat perhatian Kerajaan untuk dibangunkan berbanding dengan daerah daerah lain.

Sementara itu loghat atau slang bahasa di Lipis agak unik. Slang diantara satu kampung dgn.kampung lain sekalipun berhampiran masih tidak sama. Jadi bagaimanakah mereka mesti terpengarauh dgn slang Kelantan, sedangkan slang orang Lipis sendiri tidak standardize.

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. pakcik hashim,tentang orang kelantan tu saya no komen lah. saya sendiri pun keturunan orang kelantan tapi dah menetap lama kat kuala lipis. terima kasih laa pada penduduk lipis yang budiman yang membenarkan kami duduk sini.

    masalah tu saya rasa sama berlaku di daerah yang bersempadan dengan kelantan macam besut di terengganu, pengkalan hulu/grik kat perak dan kuala lipis, pahang.

    jarang kita dengar bunyi orang pahang merantau kecuali kalau di terengganu ni ada satu kawasan yang di panggil kampung pasir raja hulu dungun dimana dikatakan mat kilau lari sampai kesana(kampung pasir raja hulu dungun)dan meninggalkan waris disini dan
    boleh dikatakan keturunan WAN yang asal dari jerantut banyak ada kat hulu dungun ni.

    pasal orang kelantan merantau ni saya rasa mungkin pakcik boleh baca ini. http://aberamly.wordpress.com/2009/01/04/riwayat-kematian-tumpat-dan-futuristik-p36-kuala-terengganu/

    mungkin sebab suasana kat sana yang kurang ekonominya dan perkembangan politik yang tak berkembang, mungkin jugak sebab jalinan jalan keretapi yang ada kat sana yang menuju keselatan menyebabkan ramai singgah di merapoh pahang dan bukak penempatan disana. bagus jugak ada penempatan di sana sebab nak meramaikan orang. jajahan takluk pahang ni besar dengar katanya. ada riwayat mengatakan bahawa negeri selangor tu dulu jajahan takluk pahang sebab tu selangor digelarkan SELANGOR DARUL EHSAN. tak gitu pakcik? dikabarkan jugak bahawa jajahan takluk pahang darul makmur ni sampai ke limbang, brunai?

    kalau pakcik ingat dengan cikgu zubir guru besar srk clifford dulu ada bercerita tentang keindahan bandar lipis yang kecik, ada sebatang jalan raya, ada sungai yang mengalir dan ada jalan keretapi dan ini menyebabkan kuala lipis merupakan bandar yang paling unik.

    cikgu zubir jugak merupakan guru besar yang selalu bercakap pasal wawasan 2020 masa saya kecik dulu. terlopong mulut nak faham sebab vision dia jauh sangat....

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik

    Terima Kasih, sekarang baru saya faham hubungan Kelantan dan Pahang. Patutlah jika diperhatikan, orang Pahang dan Kelantan walau di mana mereka berada, memang kacip. Saya fikir, lagi kacip dari Kelantan - Terengganu. Rakan-rakan saya juga ramai yang beristeri dan bersuami silang, Pahang - Kelantan atau Kelantan - Pahang.

    Tapi Pakcik, kenapa kalau nak mati, pergilah ke Melaka?.

    Selain dari itu, saya juga nak tanya pakcik pasal senibina Masjid di Pahang tetapi mungkin sedikit hari lagi.

    Seronok dengar cerita-cerita Pakcik. :-)

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai anak jati kg relong, memang terkilan dengan sikap pentadbir pahang dalam memberi tanah kepada orang luar.Masa saya bertugas jadi boss MMK Pahang ,saya dapati tanah PSK diberi sewenangnya pada orang luar terutama kelantan,kedah (do maran diberitanah beratus ekar), mereka tidak diusir dari Pahang, saya ditukar kePutrajaya kerana memohon tanah an ingin membangunkan kawasan penor, adilkah ini ?.Kita orang pahang tak berjiwa Bahaman lagi yang selalu bertapa diGua bama.Semua jadi yes man sebab do sekarang dah semua datuk, sedangkan post do adalah federal post bukan state post macam Kedah.Kelantan dll.Kalau kita orang pahang tak berani menegur siapa lagi, semua balak,hutan dan tanah kosong diberi kepada orang luar sekarang saya dapat tahu lombong yang kawan saya minta 10 tahun minta belum dapat Mc orang luar 3 bulan lulus.Apa ni cuba renong pada semangat kepahangan.Macam orang Kelantan bila tak ada kawan cari kawan orang luar dan ada kawan tinggal kawan lama inilah taktik mereka masa diuniversiti sebab itu mereka boleh survival.

    Ikhas dari Dr Aminudin yang merentau seluru ceruk dunia.

    ReplyDelete
  5. salam pak cik,
    kome memang orang pahang. asal wan belah mak orang relong. aki belah mak orang pintu padang. wan dan aki arwah ayah orang lubuk kulit dan telang.

    boleh pak cik cerita pasal zaman 13 mei dulu tak? kisah-kisah dekat pahang la. parang terbang ke, lembing terbang ke, piring dan pinggan mangkuk terbang ke? ada ke benda2 tu semua. ke mitos je?

    ReplyDelete
  6. Pakngah...
    tiba - tiba saya rasa nak buat pengakuan,
    datuk (sebelah ayah) saya orang Terengganu, rasanya ayah pun dilahirkan di Marang , Terenganu. Cuma tinggal dan dibesarkan di Kelantan.

    Ayah saya tiada kena mengena dengan pengambilan tanah Pahang tapi dia ada ambil harta lain = mak saya heheheehe... saya pula ikut jejak ayah,
    dilahirkan di Pahang tapi dibesar dan menetap di kelantan...

    jadi susah juga nak tentukan identiti saya, nak ikut kad pengenalan ? dipengaruhi oleh baka ? atau faktor sekeliling ? apatah lagi selepas SRP masuk asrama. Merata tempat. Kelantan tulen atau tidak ? sangat subjektif !

    dan sekarang saya semangkin hampir untuk mengambil alih tanah kelantan. Amacam ?

    ReplyDelete
  7. Ammosham:

    Pakcik cuma hendak elaborate mengenai "kalau nak tidur datanglah ke Pahang". Begitulah baiknya orang Pahang. Sekarang penghijrahan orang orang Kelantan keluar Kltn. sudah ramai. Dimana saja di Semenanjung ini kita jumpa orang Kltn. samaada mereka berniaga atau makan gaji. Sekarang ini bukan perkara pelik lagi. Jangan kecil hati,ya!

    Ammosham mahu tahu, bapa saudara pakcik telah berhijrah ke Kltn.sejak sebelum perang dunia 11 lagi. Dia berkahwin disana dengan anak orang berada dan mendapat 3 orang anak. Mereka duduk dikampung Salur dlm.jajahan Pasirmas. Dia menjadi terkenal disana dan namanya dimeterai kan sebagai nama kampung iaitu Korner Che Pin di Salur tu. Nama bapa sdra. pakcik bernama Ariffin bin Gendut. Anak cucunya masih ada lagi disana. Pakcik kalau ke Kltn. ke rumah merekalah pakcik pergi.

    ReplyDelete
  8. Dr. Aminudin Abdul Karim:
    Terima kasih kerana sudi bertandang ke laman saya.Saya akan pastikan saya sentiasa mengikuti blog Dr.Kampung Relong tidak asing bagi saya. Kawan kawan Dr. seperti Anuar Kadir, Adnan Kadir orangkuat UMNO tu, adalah kawan berbahas dan bertukar fikiran saya. Sayang sekali Badaruddin MZ tlh. meninggal. Saya sudah putus hubungan dgnnya sejak 1980 lagi. Maklumlah Masing masing keluar mencari makan.

    ReplyDelete
  9. Enamdegrees:
    Kalau nak makan pergi ke Kltn, sebab harga makanan disana sangat murah pada zaman itu, dua, tiga puluh tahun dahulu, mungkin sekarangpun berbanding dgn.tempat lain.

    Kalau nak mati pergi ke Melaka, sebab orang melaka sangat hormat akan jenazah. Cuba tanya kawan kawan di Melaka betul tak?

    Kalau tidur datang ke Pahang - tahu sajalah orang Pahang tak kesah.

    ReplyDelete
  10. Rahimin Idris:
    13 Mei, cerita baru, bukan lama sangat. Kesah parang, lembing terbang itu ada benarnya tapi kalau lebih lebih sangat jadi metos pulak. Itu cerita, ada yg boleh pakai, ada yg tidak. Ini khazanah ilmu orang melayu. Terpulang kpd.mereka yang nak percaya atau tidak. Kena buat kajiselidik. Kalau umur panjang pakcik akan sampai juga kesitu dlm Sepanjang hayat, ok!

    ReplyDelete
  11. terrarosa:
    Kamu dah jadi orang Kelantan by accident. Sila lihat ulasan pakngah utk. AMMOSHAM. Kalau kamu ada niat nak cari tanah di Kltn. carilah yg subur subur. Buat kata orang kalau ternak ayam, ibunya biarlah dari jenis yg besar besar. Ha aha ha!

    ReplyDelete
  12. saya suke bila bace entry pakcik ney...sebab saya salah seorang anak jati kg jelu...sememangnya org jelu kebanyakannya kecek kelate...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul..sy ade sahabat ni org tua nya tinggal di kg jelu..yg pelik semua penduduk citu kecek kelate..adakah semua asal kelantan?

      Delete